10/2/08

2 Syawal 1429

Sambutan syawal pada hari ini amat bermakna buat daku.....

Ziarah pertama pada hari ini adalah ke rumah Habib Mustofa al-Haddad. Beliau adalah keturunan Imam Abdullah al-Haddad. Beliau seorang yang ramah dan mesra. Sesampainya di rumah beliau, kami disambut dengan senyuman dan layanan yang cukup mesra. Beliau merupakan murid kepada Habib Hasan Baharun......

Selepas zohor, Ustaz Mahadir pun tiba. Beliau merupakan seorang yang tenang dan menghormati orang lain. Beliau merupakan murid kepada Baba Zid dan rakan kepada AlFansuri. Majlis hari raya diserikan dengan sedikit nasihat sebagai hiburan buat kami. Habib Mustofa memberi ucapan berkaitan dengan kasih sayang sesama muslim, hormati antara tua dan muda, pengertian muda tua dalam hadith Nabi S.A.W. Ustaz Mahadir dengan penuh tawadhuk memberi nasihat sebagai menghargai permintaan Habib. Perkara yang disentuh adalah berkaitan dengan ilmu, kasih sayang kepada ahli keluarga Rasulillah, sambutan Maulid dan seumpamanya.

Ziarah kedua ke rumah Habib Muhammad. Beliau adalah murid Buya Maliki. Beliau mengadakan kelas pengajian di rumahnya. Terdapat 3 kelas di dalam rumah beliau..... Aku dibawa melawat ke kelas2 tersebut.....

Ziarah ke3 ke rumah guruku yang kusayangi Ustaz Abu Muhammad, melihat wajah beliau memberi ketenangan dan kegembiraan buatku......

Ziarah setiap rumah, pasti diakhiri dengan doa.....

Diharapkan kita semua menambah kecintaan kepada ahli keluarga (alil bait) & pewaris (ulama' `amilin) Nabi. Allahumma Ameen....

8/9/08

Hasad

Wahai anak Adam mengapakah engkau hasad terhadap saudara engkau itu?

Jika orang yang mendapat kurniaan nikmat Allah itu kerana Allah memuliakannya, maka mengapakah engkau hasad terhadap kemuliaan yang Allah kurniakan itu? Sekiranya kurniaan Allah untuk tujuan lain daripada yang tersebut, maka mengapa engkau hasad terhadap perjalanannya ke neraka itu?

-Hasan Basri-

7/8/08

Al-Muhtarif














Al-Muhtarif ialah orang yang perlu bekerja untuk menyara tanggungannya. Ia tidaklah harus membiarkan tanggungannya itu (tanpa dipenuhi segala apa yang diperlukan) dengan tujuan supaya dirinya dapat menghabiskan seluruh waktu bagi beramal ibadat. Baginya, amalan wiridnya adalah semasa ia berada di kilang, ketika di pasar dan ketika sibuk dengan kerja-kerja mencari kehidupan itu. Ia tidak wajar melupakan zikrullah di dalam hatinya pada ketika-ketika tersebut, tetapi hendaklah ia terus membiasakan diri untuk bertasbih, berzikir dan membaca al-Quran.

Amalan bertasbih, berzikir dan membaca al-Quran itu memang boleh dilakukan serentak dengan bekerja seperti itu, tanpa mengganggu dan meluputkan kerja itu sendiri. Bila ia telah dapat rezeki yang cukup untuk kepeluannya dan tanggungannya maka bolehlah ia (menumpukan usaha) beramal ibadat semula.

6/21/08

DOA UNTUK ANAK

اللهُمَّ اصْلِحْ ذرّيَّتِي وَاهْدِهِمْ إلى سَبيل الرَّشَادِ

“Ya Allah, baguskanlah keturunanku, dan berilah mereka petunjuk ke jalan yang benar”

**********

Doa di atas adalah doa yang selalu dibaca oleh sayyid Abbas bin Abdul Aziz Al-Maliki Al-Idrisi Al-Hasani (datuk Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, yang sangat berharap agar anaknya (Sayyid Alwi bin Abbas) dapat menjadi orang salih dan ulama yang sebenar-benarnya.

Doanya tidak sia-sia, Allah mengabulkan permohonannya. Pada tahun 1347 H, anaknya yang baru berusia 20 tahun, telah menjadi pengajar di Madrasah Al-Falah dan diberi izin mengajar di Masjidil Haram, sebuah kedudukan yang istimewa.

Doa ini dapat dibaca pada bila-bila masa sahaja dan sebaiknya dijadikan amalan wirid (amalan rutin) yakni dibaca pada setiap hari terutamanya selepas solat. Insya Allah, anak-anak kita menjadi orang yang soleh dan alim.

6/19/08

Ke Yaman

Tiga hari yang lalu, ayah menelefonku. Gembira sungguh dapat berbicara dengan ayah yang tercinta. Jarak yang jauh ini, menambahkan lagi perasaan rindu dan sayang pada keluarga dan tanah kelahiran. 

Dalam perbualan tersebut ayah menyatakan bahawa Baba Aziz akan berangkat ke Yaman dalam 2,3 minggu lagi. Hatiku berasa sungguh gembira, bumi Yaman bumi yang kaya dengan pewaris Nabi S.A.W. Ku doakan agar beliau selamat pergi dan selamat kembali. Teringin sangat dihatiku untuk belajar dengan beliau yang merupakan murid kepada Habib Alwi bin Abbas AlMaliki AlHasani. Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan mengizinkan daku berguru dengannya.  

Ameen Ya Rabbal `Alamin......

6/15/08

دليل نجس مغلظة

Semua haiwan itu adalah suci kecuali apa yang telah dinyatakan syara’ iaitu anjing dan babi. Dalil yang menunjukkan bahawasanya anjing itu adalah najis ialah:

 (اذا ولغ الكلب في اناء أحدكم فليرقه ثم يغسله سبع مرات)


“Apabila menjilat anjing ke dalam bejana/bekas seseorang daripada kamu, maka hendaklah ditumpahkan air itu, kemudian dibasuh sebanyak 7 kali” Muttafaqun `alaih

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W menyuruh agar air dalam bejana tersebut ditumpahkan. Ini menunjukkkan bahawa mulut dan air liur anjing itu adalah najis. Begitu juga air yang telah dijilat oleh anjing itu adalah najis. Sekiranya air tersebut tidak menjadi najis, maka tidaklah Nabi S.A.W menyuruh agar menumpahkan air itu.

Apabila telah sabit najis mulut dan air liur anjing. Sedangkan ia adalah sebaik-baik anggota, maka anggota lain., daging, organ dalaman dsb terlebih utama najis.

Adapun najis babi, maka ia diqiaskan kepada anjing. Tabiatnya lebih teruk dari anjing, tidak harus memelihara dan mengambil manfaat daripadanya, Bahkan terdapat nas tentang haramnya dan disunatkan membunuhnya.


6/5/08

Ilmu

Betap gembiranya hatiku bila dapat berjumpa dengan Baba Aziz. Semalam beliau baru kembali ke Kelantan. Dalam pertemuan tersebut Baba Aziz telah memberikan Tausiyyah kepada kami yang hadir. Beliau membicarakan perihal ilmu. Ilmu itu terbahagi kepada 3 bahagian:

1) Ilmu akal. Iaitu ilmu yang akan diperolehi melalui akal dan kebanyakan ilmu yang diperolehi dalam pendidikan formal adalah ilmu akal iaitu matematik, bahasa, kemahiran dsb. Termasuk dalam ilmu iniu adalah ilmu usuluddin dan fiqh.

2) Ilmu haal. Iaitu ilmu yang diperolehi melalui pengalaman atau melalui percubaan. Sebagai contoh, minum air teh pastu baru dapat rasa manis. Selagi tak minum, maka manisnya takkan dapat dirasa. Nikmat makan, minum, perkahwinan dan seumpamanya yang melibatkan rasa adalah ilmu haal. ia tidak dapat diungkap oleh kata-kata.

3) Ilmu sirr. Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui anugerah Ilahi kepada hamba2 yang bersih hatinya seperti para rasul, nabi dan auliya`nya.
Ilmu sirr ini tidak dapat diperolehi melalui cara lain kecuali melalui mujahadah dalam menghadapi kehidupan dunia ini. Semua yang berlaku dan wujud dialam ini adalah ujian buat kita, sama ada ia baik atau buruk.

5/30/08

Tok Janggut






Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas dilahirkan pada tahun 1850 di Kampung Saring, mukim Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau dibesarkan di Istana Jeram kerana ayahandanya berkhidmat sebagai panglima kepada Tengku Seri Maharaja Jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan Guru Syeikh Ahmad al-Fatani di Mekah pada tahun 1327 Hijrah. Ekoran campurtangan British di Kelantan pada tahun 1909, Tok Janggut dengan sokongan Ungku Besar Ahmad (cicit kepada Long Gapar - pengasas kerajaan Kelantan) telah melancarkan gerakan anti-hasil. Apabila perang meletus antara kerajaan Turki Uthmaniah dengan Britain dan bersesuaian dengan fatwa jihad yang dikeluarkan oleh Mufti Besar Kerajaan Turki Uthmaniah pada 11 November 1914, Tok Janggut menganggkat senjata menentang British. Pada 29 April 1915, Tok Janggut menyerang bandar Pasir Puteh. Dalam pertempuran dengan anggota pasukan Malay State Guides pada 24 Mei 1915 di Kampung Dalam Pupuh, Tok Janggut telah gugur syahid bersama Tok Abas dan Tok Husin. Mayat Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung songsang selama empat jam di Padang Bank sebelum dikebumikan di Kampung Pasir Pekan.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan ALLAH itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki mereka”

(Surah Al-Imran:169)

5/24/08

Masjid Muhammadi


Masjid Muhammadi…

Ketika aku masih kecil2 dahulu…

Aku sering menziarahimu…

Setiap malam selasa …

Hampir pasti aku mengimarahkanmu…

 

Masjid Muhammadi….

Tatkala aku menginjak remaja…

Aku masih meneruskan rutin itu…

Semakin aku menambah ilmu darimu…

 

Masjid Muhammadi….

Tatkala aku di menara gading….

Aku pasti merinduimu….

Setiap kali pulang ke kampong….

Pasti aku melepaskan rindu…

 

Masjid Muhammadi…

Kini aku diperantauan…

Kerinduan padamu makin kuat….

Akan ku cuba melepaskan kerinduan ini…

4/22/08

Doa wudhu'


أَشْهَدُ أن لا إله إلا الله
وَحْدَهُ لا شريكَ له
وأشْهَدُ ان مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوله

اللهُمَّ اجْعَلنِي مِنَ التوّابين
وَاجْعَلنِي مِنَ المُتطهرين
وَاجْعَلنِي مِنْ عبادك الصالحين


Daku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain ALLAH
Yang Maha Esa & tiada yang menyekutui-NYA
Sesungguhnya Muhammad adalah hamba ALLAH & Rasul-NYA


Ya Allah!
Jadikanlah daku termasuk dalam golongan orang2 yg bertaubat
Dan jadikanlah daku termasuk dalam golongan orang2 yg bersuci
Dan jadikanlah daku termasuk dalam golongan hamba2MU yg soleh

4/21/08

Ukuran 2 Kolah


Ulama' berbeza pendapat tentang ukuran 2 kolah. Pada zaman dahulu ukuran 2 kolah dikira dengan ukuran qirbah, rotal dan seumpamanya. Peredaran zaman telah merubah kehidupan manusia, ukuran tersebut telah dibahaskan oleh ahli fiqh zaman ini. Mereka telah melakukan ijtihad untuk menentukan ukuran 2 kolah berdasarkan ukuran liter dan cm padu. Ijtihad ini dilakukan berdasarkan kitab2 fiqh yang terdahulu.


Berikut adalah ijtihad ulama' mengikut ukuran liter:

1) Mufti Johor (Al-Haddad) = 230 liter

2) S. `Adil Ahmad Maujud & S. `Ali Ahmad Mu`awad = 190 liter

3) Syeikh Dhiya al-Bugho = 190 liter / 58 cm padu

4) Syeikh Majid al-Hamawi= 216 liter / 60 cm padu

5) Syeikh Ma`sum (Lasem) = 174.58 l /55.9 cm padu (Imam Nawawi)
= 176.245 l / 56.1 cm padu (Imam Rifa`i)



Berdasarkan kepada hasil ijtihad di atas, maka ukuran 2 kolah adalah antara 175l - 230l.


*Mengikut Dr Abdul Salam Muhammad Shukri (UIAM)

Ukuran takungan empat persegi tepat
= 22 ½ inci x 22 ½ inci x 22 ½ inci/
= 57cm x 57cm x 57 cm

Ukuran takungan selinder
= 18 inci x 25 inci



Sumber: Ta`liq Raudhah, Tahzib fi adillah taqrib Li Abi Syuja`,Ta`liq al-taqrib.
* http://travel.cari.com.my/viewthread.php?tid=330823

4/19/08

YA LATIIF

يا لطيفا بخلقه
يا عليما بخلقه
يا خبيرا بخلقه
ألطف بنا يا لطيف يا عليم يا خبير